Football Match News Update




1st match: "We Didn't lose the game; we just ran out of time", said chip, manager of Barcala FC

[malay news] Cuaca pada hari perlawanan agak tidak mengizinkan dengan hujan yang berlarutan dari pukul 2 ptg hingga ke akhir perlawanan membuatkan keadaan padang agak sedikit berlopak. Kedatangan pemain yang tidak begitu menepati masa juga membuatkan keadaan sedikit kelam kabut di awal masa.

Pada pukul 5.30, semua pemain membuat pemanasan badan dan bacaan doa yang diketuai oleh Syed untuk memulakan perlawanan pada pukul 5.45 ptg

Pada awal permulaan, permainan agak berjalan dengan perlahan. Pihak lawan lincah mencari peluang untuk menembusi benteng skuad. Namun begitu, dengan keghairahan pihak lawan yang membiarkan pemain bahagian benteng naik ke atas padang membuat kan jaringan pertama dibuat oleh penyerang Barcala FC Im Qhairul dengan bantuan Zaini yang bermula dengan hantaran lintang yang di buat oleh pemain tengah Asri. Pada minit ke 10, Fod Tido keluar padang dan diganti Law disebabkan kecederaan pada betis dan peha kanan.

Pihak lawan mula bertindak lebih menyerang disebabkan ketinggalan 0-1 dengan Barcala FC. Percubaan demi percubaan di lakukan akhirnya pada minit ke 15 pihak lawan berjaya meruntuhkan benteng Barcala FC dengan jaringan seri. Keadaan agak tegang bagi kedua dua pasukan yang ingin cuba menambah lagi jaringan. Masa separuh akhir pertama diberhentikan pada minit ke 30 oleh pihak pengadil.


15 min kemudian, wisel ditiup bagi memulakan separuh masa kedua. Keadaan cuaca semakin tidak mengizinkan dengan hujan lebat namun perlawanan tetap diteruskan oleh pengadil. Pada permulaan perlawanan, kedua dua pasukan agak bermain 'defender' dengan penukaran 3 pemain dari pasukan Barcala FC dan 2 orang dari pihak lawan. pada minit ke 40, kesilapan pada bahagian benteng menyebabkan pihak lawan berjaya mendapat gol yang kedua. Namun begitu, dapat dilihat pengadil agak memberi kelebihan pada pihak lawan kerana gol kedua itu sepatutnya tidak dikira kerana bola telah dipegang oleh penjaga gol tetapi telah di sepak oleh penyerang pihak lawan.

Perlawanan diteruskan lagi. 2 lagi pemain Barcala FC di masukkan iaitu Ejad dan remy bagi menukar pemain pada bahagian 'defence' dan 'midfield' . Asri, kapten pasukan Barcala FC telah dikenakan kad kuning pada minit ke 48 disebabkan asakan agak kasar pada penyerang pihak lawan. Sepakan percuma pada pihak lawan telah menghantar ke gawang gol Barcala FC dan terkena pada pemain bahagian tengah pihak lawan langsung menambahkan lagi gol yang ketiga bagi pihak lawan. Keadaan permainan agak kelam kabut di sebabkan masa yang suntuk bagi Barcala FC untuk mengejar mata gol bagi mengejar bolosan yang agak jauh. Namun pada minit ke 60 tambahan masa 3 minit, pengadil meniup wisel bagi menamatkan masa perlawanan. Perasaan agak kecewa pada muka pemain Barcala FC. Namun itu lah yang harus diterima. 1-3. Diharap semua pemain dapat jadikan ini sebagai iktibar dan meningkatkan lagi cara permainan dan skill serta ketahanan diri masing masing. Semoga Berjaya!

Terima kasih juga diucapkan kepada penyokong Barcala FC. Semoga semangat kesukanan dapat terus disematkan dalam diri.





0 Response to "Football Match News Update"

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme