Analysis & Report : Low Fitness and Many Injury Cause Lose In 2nd Match

Spirulina beat Barcala FC 2-0


[malay news] Perlawanan kali kedua berlangsung di stadium MMU pada hari ini, rabu, 25 November 2009 pada pukul 5.00pm hingga ke 7.00pm. Kehadiran pasukan Barcala FC kali boleh dianggap " punctual " kerana pemain mula berkumpul pada 4.45 seperti yang di arahkan oleh chip, pengurus pasukan Barcala FC.

Perlawanan di mulakan tepat pada pukul 5.45 dengan keadaan cuaca yang redup dan cerah. Keadaan padang juga lebih baik jika dibandingkan dengan keadaan padang sebelum ini. Permainan di atur secara " defend & attack " . Rentak permainan pada minit awal agak terkawal dan menunjukkan pemain lebih bijak bermain dan berinteraksi sesama pemain. Pelbagai serangan dan cubaan ditujukkan oleh pemain Barcala FC . Pihak musuh juga bijak mengatasi serangan dari pemain Barcala FC. Kedua - dua pasukan saling menyerang tetapi tidak berjaya membolosi benteng pertahanan masing-masing.

Asakan demi asakan dari kedua dua pihak, namun dapat ditepis oleh penjaga gol dan juga benteng pasukan Barcala FC dan Spirulina. Minit ke 26 perlawanan, mohd zulhelmi atau lebih dikenali dengan nama pena Remy, pemain bahagian benteng Barcala FC, mengalami masalah otot dan ditukar dengan Ejad. Permainan diteruskan sehingga wisel ditiup bagi menamatkan perlawanan bagi separuh masa yang pertama. 15minit masa berehat diberikan untuk separuh masa kedua digunakan untuk pengurus pasukan Barcala FC bagi menukar corak permainan yang boleh dikatakan lebih "defender" dari "attacking"

Perlawanan separuh masa kedua bermula apabila wisel ditiupkan oleh pengadil. Asakan dari pihak lawan dilihat lebih tajam menyebabkan jaringan pertama dari pasukan spirulina pada minit 33 membuatkan Barcala FC tertinggal 1-0 kepada pasukan lawan. Tidak kurang dari 2 minit kemudian, pihak lawan menambah lagi jaringan membuatkan mata terkini 2-0 . Pasukan Barcala FC dilihat lebih tertekan disebabkan ketinggalan dua mata. Asakan terus dibuat oleh pasukan Barcala FC namun berjaya di tepis oleh benteng pasukan lawan.

Minit ke 39, Ejad mengalami kekejangan otot terpaksa ditukarkan dengan pemain lain iaitu helmi. pemain bahagian "wing" kanan, Law, ditukar disebabkan kekurangan tenaga akibat asakan yang berterusan dibuat sejak awal perlawanan. Law ditukar dengan Janggut. Permainan diteruskan. Minit ke 45, syed, penyerang bahagian tengah ditukar dengan azfar disebabkan stamina yang semakin kurang akibat kepenatan.

Interaksi antara pemain Barcala FC dilihat semakin kurang kerana setiap sepakan yang diberikan tidak dapat dibaca oleh pemain yang diberi. Kebanyakkan pemain juga dilihat mula bermain dengan perlahan disebabkan kepenatan. Ini memberikan peluang kepada pihak lawan sehingga pada minit ke 47 mereka menjaringkan gol namun tidak dikira oleh pengadil disebabkan offside bagi pihak mereka.

Wisel ditiup pada tepat minit ke 60 tanpa masa tambahan. Dengan tamatnya perlawanan ini, keputusan rasmi adalah Barcala FC = 0 dan Spirulina = 2.

Man Of The Match : ahmad syakir
Fan Exclusive Join : Razi , nue and abul . ( maaf jika nama tidak tersenarai, tapi semua yang hadir diucapkan seribu penghargaan dari pihak Barcala FC )


Analisis yang dapat dilihat adalah keserasian bagi kesemua pemain masih lagi rendah dan juga stamina kesemua pemain masih lagi belum lagi cukup untuk menghadapi pihak lawan.Namun perlawanan kedua ini dapat dilihat kesungguhan pihak Barcala FC untuk cuba memenangi perlawanan ini. Diharapkan agar kesemua pemain tidak mudah berputus asa untuk terus perjuang di atas padang MMU ini. Teruskan berjuang kerana perjuangan pasukan ini takkan berakhir walaupun kalah. Tahniah Dan Selamat Berjuang!

0 Response to "Analysis & Report : Low Fitness and Many Injury Cause Lose In 2nd Match"

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme