Kami Kalah Dalam Perlawanan Tapi Kami Menang Dalam Persahabatan

Begitulah dapat di gambarkan. Walaupun setiap perlawanan, Barcala fc kalah namun semangat berpasukan masih lagi dapat dilihat dari setiap individu. Harap Maaf dari pihak blogger kerana tidak dapat mengemaskini untuk 2 perlawanan yang berlangsung pada minggu ini dan minggu lepas atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Analisis:
Banyak kekurangan yang dapat di lihat setiap perlawanan.Di bawah adalah senarai faktor faktor yang kemungkinan menjadi penyebab kekalahan:

-Barcala Fc masih lagi tidak mempunyai 1st eleven player yang tetap untuk setiap perlawanan.
-kekurangan latihan padang juga menyebabkan pemain pemain kurang "fit" dan cepat pancit semasa perlawanan.
-pemain pemain kurang berinteraksi di dalam padang semasa perlawanan menyebabkan bola sentiasa mati di bahagian tengah dan atas.
-Penukaran pemain yang terlalu banyak semasa permainan menyebabkan barisan pemain pada mula nya kelam-kabut.
-striker dan bahagian kurang laju menyebabkan pihak lawan mudah menindas segala hantaran yang di hantar dari pemain barcala


Pandangan:
Di harap pihak pengurusan dan semua pemain dapat mengambil iktibar dan menerima dengan hati terbuka atas segala analisis yang dibuat untuk meningkatkan lagi mutu permainan di masa akan datang. Ini adalah teguran dan pandangan bukan kutukan. Sudah menjadi perkara biasa kelab yang baru ditubuhkan seperti kita melakukan kesilapan. Tapi kita perlu belajar dari kesilapan bagi menjadi yang terbaik untuk masa hadapan. Kalah tidak bererti mengalah. Sekian...




powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme