Kami Kalah Dalam Perlawanan Tapi Kami Menang Dalam Persahabatan

Begitulah dapat di gambarkan. Walaupun setiap perlawanan, Barcala fc kalah namun semangat berpasukan masih lagi dapat dilihat dari setiap individu. Harap Maaf dari pihak blogger kerana tidak dapat mengemaskini untuk 2 perlawanan yang berlangsung pada minggu ini dan minggu lepas atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Analisis:
Banyak kekurangan yang dapat di lihat setiap perlawanan.Di bawah adalah senarai faktor faktor yang kemungkinan menjadi penyebab kekalahan:

-Barcala Fc masih lagi tidak mempunyai 1st eleven player yang tetap untuk setiap perlawanan.
-kekurangan latihan padang juga menyebabkan pemain pemain kurang "fit" dan cepat pancit semasa perlawanan.
-pemain pemain kurang berinteraksi di dalam padang semasa perlawanan menyebabkan bola sentiasa mati di bahagian tengah dan atas.
-Penukaran pemain yang terlalu banyak semasa permainan menyebabkan barisan pemain pada mula nya kelam-kabut.
-striker dan bahagian kurang laju menyebabkan pihak lawan mudah menindas segala hantaran yang di hantar dari pemain barcala


Pandangan:
Di harap pihak pengurusan dan semua pemain dapat mengambil iktibar dan menerima dengan hati terbuka atas segala analisis yang dibuat untuk meningkatkan lagi mutu permainan di masa akan datang. Ini adalah teguran dan pandangan bukan kutukan. Sudah menjadi perkara biasa kelab yang baru ditubuhkan seperti kita melakukan kesilapan. Tapi kita perlu belajar dari kesilapan bagi menjadi yang terbaik untuk masa hadapan. Kalah tidak bererti mengalah. Sekian...




1 Response to "Kami Kalah Dalam Perlawanan Tapi Kami Menang Dalam Persahabatan"

  1. Aspio says:

    Hee.. Game da abes.. kritikan byk kite dengar.. yg kite xdengar pon ade.. meh sini dengar ape yg saye dengar :p

    seorang penyokong mantiz : " sampah gile team korg ni menang pon xde? sib bek ade score sebijik. malu siot.. "

    tuhan saje yg taw betapa saye menahan penumbuk di bawah meja ketika brader ini lantang bersuara. tapi xpe lah, at least kitorg bersukan. peluh keluar dgn toksik yg kotor. kurang la sket risiko dapat penyakit. yg ko tu klu da obesiti aku gelakkan je sambil terajang perut sbb ko xleh bgn. :p

    pemain nakal pulak ckp : " korgnye cross baik ah.. nice gle..hari tu mase lawan team lain xcmtu pon. "

    ade pon pujian. :p

    pemain cool : " korg kne training stamina dan 'tahan dan sepak'. klu boleh jauh2 sket. sorg shot dari jauh, then blaja tahan smpai bola xlari jauh "

    ade cadangan pulak. :P

    anyway, tu je ah kot.. semangat tu ade lagi. jgn give up. :P good luck!

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme