1st match of MMU league analysis and report : Barcala FC Lost against Phlamze 2-0

Keadaan padang pada petang ini redup. Kali ini, sekali lagi Barcala Fc bertemu dengan phlamze dengan perasaan teruja dan semangat untuk menang. Sekitar pukul 5.00pm, pemain Barcala FC mula berkumpul di padang MMU dengan memakain jersey puteh oren(jersey home).

Kali ini, banyak pemain utama Barcala Fc telah ditukar iaitu Hafiz sebagai keeper,Pacak, Lah,Cacse dan Fod sebagai benteng pertahanan. Bagi pemain tengah adalah Janggot, King, Aspa, fairuz, dan juga arie. Penyerang Barcala Fc kali ini adalah Sado. Bermula dengan 5.45pm, latihan pemanasan badan dimulakan oleh captain baru kita iaitu arie. tepat pukul 6.00pm, tiupan wisel oleh pengadil menunjukkan perlawanan antara phlamze dengan Barcala Fc pun bermula.

Pada Awal perlawanan, keadaan kedua-dua pasukan beraksi agak lemah dengan mengatur perlawanan secara 'defend' . Namun begitu, minit ke 5, Sado, penyerang atas Barcala Fc telah membuat cubaan jarak jauh namun terlalu tinggi melepasi gawang gol pihak musuh. Pihak musuh mula menukar strategi dengan menyerang Barcala Fc menerusi dua penyerang mereka. Hantaran demi hantaran, cubaan demi cubaan dilakukan oleh kedua dua pasukan.

Pada minit ke 20, hantaran baik dari pemain tengah pihak lawan terus kepada penyerang mereka, dan melepaskan gol pertama bagi pihak mereka membuatkan keadaan terkini Barcala Fc 0 phlamze 1. Pemain tengah Barcala Fc, Aspa, telah mengalami kecederaan kaki dan terpaksa ditukar kepada zaini pada minit 25. Barcala Fc cuba menukar rentak akibat ketinggalan 1 gol terhadap pihak lawan namun setiap rentak dapat di baca oleh pihak musuh dan berjaya di patahkan apabila melepasi kawasan pihak musuh. Minit 30, wisel ditiup bagi menunjukkan perlawanan masa pertama ditamatkan.

Pada pukul 6.45pm, wisel ditiup bagi memulakan perlawanan pada masa separuh masa kedua. Barcala Fc telah menukar pemain, iaitu Fod pemain bahagian benteng yang mengalami kecederaan betis ditukar kepada Faiq. Perlawanan kali ini dilihat lebih rancak. Percubaan cantik menerusi pemain Barcala Fc pada 'freekick' namun tidak juga berjaya membolosi gawang pihak musuh. Minit ke 15, Syed, telah dimasukkan bagi menggantikan pemain bahagian tengah yang kehabisan tenaga. Minit ke 17, sekali lagi pihak musuh berjaya membolosi gawang Barcala Fc di atas kecuaian benteng Barcala Fc membuatkan mata terkini 2-0. Perlawanan diteruskan. Percubaan demi percubaan cuba dilakukan oleh Barcala Fc namun tidak berhasil. Minit ke 20, Im dimasukkan bagi menggantikan pemain tengah.

Keadaan semakin memuncak apabila pelbagai cubaan yang di hasilkan oleh pihak Barcala Fc tidak berjaya namun mereka masih lagi mencuba untuk merapatkan jurang yang terpisah. minit ke 30, remy digantikan kepada zaini. Tandukan kencang dari Remy menerusi penjaga gol Barcala Fc, Hafiz, berjaya dipatahkan oleh pihak musuh. Pada minit ke 32, wisel ditiupkan oleh pengadil bagi menandakan masa kedua telah pun berakhir. Keputusan adalah Barcala Fc 0 - Phlamze 2.

Kehampaan di mimik muka setiap pemain dapat dilihat namun semangat berpasukan dalam Barcala Fc masih lagi menguatkan lagi ikatan antara pemain.


Analisis:
1) bagi pihak benteng Barcala Fc, mereka agak berwaspada dengan 'line' dan cuba bermain dengan taktik 'offside' namun kelajuan penyerang musuh telah berjaya membuatkan mereka in dan terus membolosi benteng Barcala Fc.

2) Keadaan padang yang tidak berapa elok di bahagian gawang gol menyebabkan benteng Barcala Fc tidak dapat menahan asakan dari pihak lawan.

3) Bagi pemain tengah dan penyerang, tiada 'back up' dibuat oleh pemain menyebabkan setiap bola yang berjaya di bawa ke atas berjaya dipatahkan oleh pihak lawan.

3 Response to "1st match of MMU league analysis and report : Barcala FC Lost against Phlamze 2-0"

  1. we'll bounce back next game!!..come on lads:)

    admin.
    ....dengan taktik "outside" namun...
    klau bley betulkan lah..
    "offside"
    ;]v
    yeah we gonna hammer others hard !

    LoMaK says:

    fuyooo gileee panjang...soccernet pun x pjg cmnie haha

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme